SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
(Tamil) Sungai Tok Pawang mula diasaskan pada tahun 1935. Pada masa itu
bangunan hanya dapat menampung 20 orang
murid dan seorang guru iaitu En. K.V.Suppiah.
Pada tahun 1940, keramaian murid
bertambah sebanyak 50 orang dengan bilik darjahnya dijadikan darjah satu hingga
darjah lima. En.
K.V.Suppiah dilantik sebagai Guru Besar manakala En. Murugesan sebagai Guru
Penolongnya.
Pada
tahun 1941, sekolah ini ditutup sementara waktu kerana peperangan kedua meletus
dimana tentera Jepun berjaya memasuki Tanah Melayu. Setelah tamat peperangan
kedua, sekolah mula dibuka.
Pada
tahun 1957, pertambahan penduduk semakin menggalakkan hingga bilik-bilik darjah
tidak mencukupi. Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid yang berada di dalam
darjah lima telah dipindahkan ke Sekolah Tamil Harvard Bahagian 1. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan pada ibubapa yang terlibat. Lantaran itu juga
bilangan guru bertambah kepada empat orang semuanya.
Pada
tahun 1961 kelas-kelas diadakan pada pagi dan petang. Oleh kerana murid-murid
semakin bertambah, satu bangunan tambahan perlu didirikan. Untuk mencapai
hasrat ini. Tuan Pengerusi Lembaga Sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah
bermuafakat dan berusaha untuk mendirikan sebuah banguanan baru. Pada
24.02.1964, atas daya usaha Jabatan Pelajaran Kedah, peruntukan sebanyak RM
6,000.00 telah diterima dari Y.B Tan Sri Manickavasagam untuk
mendirikan sebuah bangunaan tambahan.
Pada
tahun 1964, bangunan tersebut telah disiap dan dirasmikan oleh Y.B
Menteri Pelajaran Malaysia, En. Mohd. Khir
Johari.
Pada tahun 1966, sebuah bangunan
yang merupakan rumah-rumah pekerja ladang yang dibina sejak tahun 1935
telah diubahsuai untuk dijadikan bilik-bilik darjah di mana ramai murid-murid
yang kebanyakan mereka datang dari Ladang Sungai Tok Pawang. Kini jumlah murid
meningkat kepada 220 orang En.P.Vellasamy telah dilantik sebagai Guru
Besar. Sekolah
ini dibantu oleh 8 orang guru, seorang Kerani Rendah dan seorang Buruh Am.
Pada masa
yang sama, pihak sekolah tidak putus asa untuk mendapatkan tapak tanah untuk
mendirikan bangunan sekolah baru. Bangunan sekolah yang ada sekarang
terlalu uzur. Terdapat kerosakan pada bangunan yang boleh mengancam keselamatan
murid-murid. Suasana tidak tenteram kerana diganggu oleh lori-lori
kepunyaan kilang getah yang sering menggunakan jalan tanah merah di hadapan
sekolah. Malahan kilang tersebut telah mencemarkan suasana alam sekitar dengan
mengeluarkan sisa-sisa toksid dan gas beracun yang membahayakan kesihatan.
Akhirnya
pada tahun 1986, pihak Jabatan Pelajaran Kedah telah membenarkan SJK(T) Sungai
Tok Pawang berpindah ke bangunan lama Sekolah Kebangsaan Sungai Tok Pawang
secara sementara sehingga tahun 2011. Pada tahun 2008 Kerajaan negeri Kedah telah memberi
sebanyak 5 hektar tanah untuk membina bangunan sekolah. Kini bangunan sekolah
telah siap dibina pada akhir tahun 2011.Warga SJK(T) Sungai Tok Pawang dapat memulakan
sesi persekolahan tahun 2012 di bangunan baru.
No comments:
Post a Comment